Selasa, 13 November 2012

Gambar Aktiviti-aktiviti P&P di sekolah

Pembelajaran di bilik darjah

Belajar (membaca) di luar bilik darjah

Pertandingan Mewarna Tahun 1

Program Sepakat LINUS

Guru-guru yang terlibat menjayakan program Sepakat LINUS

*******************************************************************************************************

" BERFIKIR SEJENAK DAN MERENUNG MASA LALU ADALAH SATU TITIK PERMULAAN YANG BAIK UNTUK BERTINDAK MENCAPAI MATLAMAT HIDUP... OLEH ITU, MENUNTUT ILMU ADALAH PEMBELAJARAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.... "

Aktiviti DIDIK HIBUR

Dalam proses P&P, Didik Hibur adalah pendekatan yang menyeronokkan dan boleh menimbulkan minat murid. Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur, yang bersifat santai, dan aktiviti ini bertujuan untuk penegasan. Aktiviti-aktiviti lain seperti permainan, bercerita, nyanyian, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang, agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan dan pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.


Nyanyian murid-murid Tahun 1 Falsafah yang bertajuk
"Rama-Rama dan Bunga".

Senikata lagu....

Dari ulat jadi kepompong,
Tidur lena dalam gelongsor,
Sampai masa kepompong pecah...,
Popp....,
Jadi rama-rama yang indah.                                                                                         
Rama-rama terbang melayang,
Sungguh cantik aneka warna,
Hisap madu dipohon bunga.
Tapi sayang bunga kan layu,
Rama-rama hidup tak lama.


Teknik Perbincangan Dalam P&P

Perbincangan merupakan aktiviti di mana individu secara berpasangan atau dalam kumpulan berinteraksi di antara satu sama lain serta berkongsi maklumat tentang sesuatu isu atau masalah untuk mencari sesuatu penyelesaian atau kesepakatan. Dalam teknik ini, murid-murid dapat mengemukakan idea-idea serta bertukar-tukar pendapat, dan ini akan menimbulkan keseronokan belajar dan meningkatkan kemahiran sosial murid.

*Contoh soalan perbincangan.

Kumpulan :_______    BAHASA MELAYU      Tarikh :_________

Ahli kumpulan :
1_______________________               2_______________________
3_______________________               4_______________________
5_______________________         6_______________________

Bincangkan dengan kumpulan anda.
Nyatakan jenis-jenis bunga dan warna, yang anda tahu.


Bilangan
Jenis-Jenis Bunga
Warna




























Bahan grafik dalam bentuk jadual


Bahan ini diselesaikan melalui perbincangan secara berkumpulan. Hasil pendapatan yang diperolehi akan dibentang oleh ketua kumpulan dan dicatat di papan tulis. Aktiviti ini adalah sesuai dijalankan oleh murid-murid Aras Perdana.


Aktiviti P&P Bahasa Melayu

Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis

Bahan sumber ini, saya gunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu Tahun 1.

Ini adalah bahan petikan yang dibaca oleh murid secara kelas dan secara individu. Petikan ini bertajuk "Jenis Pokok Bunga". Di bawah petikan, ada latihan sebagai pengukuhan. Murid-murid akan menjawab dengan berdasarkan petikan yang mereka baca.



Bahan Bantu Mengajar Bahasa Melayu Tahun 1

Ini bahan bantu mengajar yang saya gunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu di kelas 1 Falsafah iaitu murid Arus Perdana

Gambar-gambar ini diperlihatkan kepada murid untuk menarik minat di samping mencungkil idea melalui kemahiran menyoal bagi mengetahui isi pelajaran yang akan dipelajari.

Ahad, 11 November 2012

Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 1

Tarikh                     : 11 Oktober. 2012
Masa                     : 12:30 - 1:30 (60 minit )
Mata Pelajaran       : BAHASA MELAYU
Tahun                     : 1 FALSAFAH
Tajuk                      : Jenis Pokok Bunga

Hasil Pembelajaran        :-

Standard kandungan :
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard pembelajaran  :

3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang pelbagai dengan betul menggunakan bahasa yang santun.
Objektif           : Di akhir pengajaran ini, pelajar dapat :-

  1. Membaca dan memahami petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  2. Menyatakan sekurang-kurangnya 5 jenis bunga yang pernah mereka lihat.
  3. Menjawab soalan yang disediakan dengan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 soalan dengan betul dan tepat.
BBM             : Kad gambar, lembaran kerja,
                        borang pengurusan grafik (jadual), lagu, papan tulis,
                        pen marker, dan lain-lain.
KBKK              : Menjana idea dan membanding beza.
Nilai / Sikap    : Bekerjasama, menghargai, bersyukur, berani, tekun, dan
                       yakin.
Ilmu             : Sains

Pengetahuan sedia ada :

        - Murid mengetahui, mengenali dan pernah melihat berjenis-jenis pokok bunga di mana-mana sahaja samada di taman, di jalan raya di Bandar, di sekolah dan sebagainya.

Tekan sini untuk melihat Langkah-Langkah Rancangan Pengajaran Harian


Definisi Pengajaran dan Pembelajaran


  • Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Guru merancang pengajaran secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar dari memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
  • Pembelajaran pula ialah proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran juga merupakan perubah tingkahlaku atau kebolehan sesorang yang dapat dibekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. ( Robert M.Gagne, 1970 )

Ciri-ciri pengajaran
Ciri-ciri Pembelajaran
     1. Guru dan murid                                                 
     2. Hanya bermakna apabila ada pembelajaran.
     3. Melibatkan intruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman   
     4. Melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa.
     5. Ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian.  
     6. Meliputi ruang mengajar. 
     1. Satu proses yang berterusan.
     2. Secara formal dan tidak formal
     3. Secara formal melalui sekolah.
     4. Di sekolah merangkumi 
       -  Membaca, menulis, mengira dan sebagainya.
     5. Secara tidak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, dan persekitaran.
     6. Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran iaitu behavioris, kognitif, sosial 
    dan humanis.
         
  • Matlamat pengajaran
  1. Mengajar murid fakta dan prinsip kandungan pelajaran.
  2. Menjadi model peranan (role model) bagi murid.
  3. Membantu murid membina kemahiran berfikir aras tinggi.
  4. Menyediakan murid menghadapi alam pekerjaan.
  5. Merangsang pembangunan peribadi murid.
  6. Membantu murid membina kemahiran aras belajar.
  • Objektif Pengajaran :
  1. Merancang pengajaran yang mengambil kira kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar.
  2. Menaksir kefahahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.
  3. Merancang pengajaran yang memberi peluang pelajar berinteraksi antara satu sama lain.
  4. Merancang fakta dan prinsip kandungan pelajaran.
  • Aspek-aspek penting dalam perancangan Pengajaran dan Pembelajaran.
Sebelum merancang dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran, seseorang guru perlulah :
  1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam.
  2. Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai.
  3. Merancang pengajaran seperti beikut :
               - Set induksi / pengenalan
               - Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran
               - Penutup
     4.  Menentukan strategi Pengajaran dan Pembelajaran
     5.  Menyediakan bahan bantu mengajar.
     6.  Menyediakan penilaian.

  • Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran.
  1. Set induksi / pengenalan
              - Langkah permulaan atau pengenalan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
              - Bertujuan untuk menghasilkan aliran pemikiran dan merangsang minat murid terhadap isi
                 pelajaran.
              - Masa pengajaran ialah 5 minit.
              - Teknik yang digunakan ialah kemahiran menyoal.

     2.  Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran.

             - Penyampaian isi pelajaran.
             - Merangkumi :-
                 * Teknik penyampaian guru
                 * Teknik menyoal
                 * Penggabungjalinan
                 * Penyerapan
                 * Pengukuhan
                 * Pengayaan
                 * Pemulihan
                 * Penilaian
                 * Refleksi

     3.  Penutup 

               - Langkah akhir yang merangkumi :-
                    * Tindakan susulan
                    * Penilaian
                    * Membuat kesimpulan atau rumusan
  • Sukaran Pelajaran
    Dokumen yang mengandungi perkara-perkara wajib diajar kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK, Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • Sumber Bahan Pengajaran.
- Kepelbagaian bahan pengajaran

    Penggunaan Pusat Sumber dan Komputer amatlah digalakkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Antaranya, seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, internet, bahan sastera, buku teks, dan bahan beransur ilmu hendaklah digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran serta untuk bacaan ekstensif.